Penunggang motosikal maut terbabas

Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer (KM) 7.4 Jalan Permas–Pasir Gudang, awal pagi Ahad. Gambar hiasan
Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer (KM) 7.4 Jalan Permas–Pasir Gudang, awal pagi Ahad. Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer (KM) 7.4 Jalan Permas–Pasir Gudang, awal pagi Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y16ZR.

“Kemalangan dipercayai berlaku pada jam 3.30 pagi ketika mangsa, seorang lelaki warga tempatan berusia 21 tahun, dalam perjalanan dari arah Permas Jaya menuju ke rumahnya di Taman Rinting.

“Setibanya di lokasi, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan jatuh di tengah jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saksi kejadian diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis di talian 07-3864222 bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!