Gempa bumi kuat landa utara Jepun

Gempa bumi berukuran 6.1 skala Richter gegar utara Jepun berhampiran Kushiro. Foto USGS
Gempa bumi berukuran 6.1 skala Richter gegar utara Jepun berhampiran Kushiro. Foto USGS
A
A
A

ANKARA - Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), melaporkan gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda utara Jepun pada Sabtu, namun tiada kerosakan dilaporkan setakat ini.

Gempa berlaku berhampiran bandar Kushiro di pulau Hokkaido kira-kira 5.37 petang waktu tempatan, lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan USGS.

Gegaran berlaku pada kedalaman 20 kilometer (12 batu), menurut agensi itu.

Sehingga waktu laporan ini diterbitkan, pihak berkuasa Jepun belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan struktur.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan kejadian itu. - Bernama-Anadolu

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!