Gempa bumi landa Banda Acheh

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Utara Sumatera, Indonesia, 8.42 malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa dengan kedalaman 80 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 69km Barat dari Banda Acheh, Indonesia.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Difahamkan gempa bumi itu dirasai penduduk di Kota Banda Aceh, Aceh Besar, dan Sabang. Bagaimanapun, belum ada laporan mengenai kesan dari gempa tersebut. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
