MK Curtain jalin kerjasama strategik dengan Karangkraf

Calvin (tengah) bergambar kenangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Harian, Farah Hussamuddin (enam dari kanan) dan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli ketika lawatan korporat MK Curtain
ke Kumpulan Karangraf, Shah Alam pada Khamis.
Calvin (tengah) bergambar kenangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Harian, Farah Hussamuddin (enam dari kanan) dan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli ketika lawatan korporat MK Curtain ke Kumpulan Karangraf, Shah Alam pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan Karangkraf berpotensi menjadi rakan strategik ideal dalam menyokong aspirasi jenama MK Curtain Berhad untuk terus berkembang dalam landskap pasaran tempatan, khususnya dalam kalangan pengguna Melayu.

Keyakinan itu disuarakan oleh Pengasas dan Pengerusi MK Curtain Berhad, Datuk Dr Calvin Khiu yang mengetuai lawatan korporat syarikat tersebut ke ibu pejabat Kumpulan Karangkraf, di sini pada Khamis.

CALVIN
CALVIN

Menurut Calvin, pemilihan Kumpulan Karangkraf sebagai rakan kerjasama adalah satu langkah penting dalam memperkukuh jenama MK Curtain di hati pelanggan Melayu, yang merupakan antara segmen pasaran terbesar dan paling berpengaruh di negara ini.

“Sebagai syarikat yang menerbitkan pelbagai produk media merangkumi akhbar, buku dan kandungan digital, Kumpulan Karangkraf dilihat sebagai rakan ideal dalam menyokong aspirasi jenama MK Curtain untuk terus berkembang menerusi landskap pasaran tempatan.

“Syarikat ini merupakan organisasi media yang cukup dikenali dan berwibawa. Saya berharap kerjasama ini mampu menjadi landasan kukuh dalam mempromosikan serta merapatkan hubungan strategik antara kedua-dua pihak,” katanya.

Menyingkap sejarah penubuhan pada tahun 2005, MK Curtain kini berjaya menembusi pasaran tempatan dengan menawarkan bukan sahaja langsir, bahkan tirai (blinds), kertas dinding (wallpaper), kusyen, perhiasan rumah, filem tingkap (window films) dan pelbagai lagi barangan hiasan dalaman pada harga mampu milik.

Setakat ini, MK Curtain memiliki sebanyak 60 rangkaian cawangan di seluruh negara dan menyasarkan pembukaan lapan cawangan baharu pada tahun ini.

Selain itu, MK Curtain turut mempunyai cawangan di Indonesia dan Singapura.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!