Anwar hadir pertemuan pimpinan PH Sabah

Anwar menghadiri pertemuan bersama pimpinan PH Sabah di Kota Kinabalu pada Khamis.
Anwar menghadiri pertemuan bersama pimpinan PH Sabah di Kota Kinabalu pada Khamis.
A
A
A

KOTA KINABALU - Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam Khamis bagi menghadiri pertemuan bersama pimpinan PH Sabah.

Beliau tiba sekitar jam 9.40 malam di sebuah hotel di sini dan dipercayai mempengerusikan mesyuarat yang turut dihadiri Pengerusi PH Sabah merangkap Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud; Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe; serta beberapa lagi pemimpin lain.

Difahamkan, antara agenda yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut ialah persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Perdana Menteri turut dijadual merasmikan sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah yang berlangsung di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Penampang pada Jumaat.

Beliau seterusnya akan menghadiri Majlis Peluncuran Projek Steel Enterprise Sabah Sdn Bhd Fasa 1 yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, sejurus selesai acara tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!