X

Kindly register in order to view this article
!

Penghantar makanan parah, polis cari BMW hitam

Mangsa gagal mengelak sebelum melanggar sebuah kereta jenis BMW warna hitam yang mengubah laluan secara tiba-tiba dalam kejadian di Lebuhraya Persekutuan dari arah Subang menghala Kuala Lumpur, Petaling Jaya, semalam.
A
A

PETALING JAYA - Seorang penghantar makanan parah selepas merempuh sebuah kereta yang menukar laluan secara mengejut di Lebuhraya Persekutuan dari arah Subang menghala Kuala Lumpur, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari'at berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.10 petang itu, mangsa berusia 30 tahun yang menaiki Yamaha Y15ZR dilaporkan patah bahu kiri selain kecederaan di kepala, badan dan buku lali kanan.

"Siasatan awal mendapati semasa mangsa menunggang motosikal di lorong kedua, sebuah kereta jenis BMW berwarna hitam telah mengubah haluan secara mengejut dari lorong paling kanan ke paling kiri untuk memasuki susur keluar Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

"Mangsa yang gagal mengelak kemudian telah melanggar kereta terbabit dari arah belakang," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun pemandu kereta terbabit tidak memberhentikan kenderaannya sebaliknya terus meninggalkan lokasi kejadian.

Katanya, mangsa yang parah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

"Sehingga kini, polis masih belum menerima sebarang laporan daripada pemandu kereta terbabit.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh salurkan kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820," katanya.

Tambahnya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular di media sosial Facebook satu video berdurasi 1 minit memaparkan insiden berkenaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf