Kilang papan haram diserbu, nilai rampasan cecah RM97.3 juta

Antara kayu balak yang diperiksa pada Op Sawmill siri tiga yang dijalankan di sekitar Pahang baru-baru ini.
Antara kayu balak yang diperiksa pada Op Sawmill siri tiga yang dijalankan di sekitar Pahang baru-baru ini.
A
A
A

KUANTAN - Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas pelbagai barangan bernilai lebih RM97.3 juta hasil serbuan ke atas kilang papan yang disyaki memproses kayu secara haram dalam siri operasi Ops Bersepadu Khazanah (Ops Sawmill) yang dilaksanakan dari 11 Februari hingga 20 Mei lalu.

Operasi bersepadu bersama Jabatan Perhutanan di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang itu melibatkan 32 serbuan dan membawa kepada 98 tangkapan terdiri daripada 58 warga tempatan dan 40 warga asing berusia antara 18 hingga 80 tahun.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, dalam Ops Sawmill Siri 1 dan 2 yang dijalankan di Kelantan dan Terengganu, nilai rampasan mencecah RM66.5 juta dengan 18 serbuan dan 53 tangkapan.

Azmi dan menunjukkan gambar-gambar sepanjang Op Sawmill pada Sidang AkhbarOp Bersepadu Khazanah (Op Sawmill) Pasukan Gerakan Am di Kem Bukit Galing,Briged Tenggara PGA pada Selasa.
Azmi dan menunjukkan gambar-gambar sepanjang Op Sawmill pada Sidang AkhbarOp Bersepadu Khazanah (Op Sawmill) Pasukan Gerakan Am di Kem Bukit Galing,Briged Tenggara PGA pada Selasa.

"Kesemua kes bagi 18 serbuan tersebut masih lagi dalam siasatan pihak Jabatan Perhutanan.

"Bagi status tangkapan, 13 individu telah dituduh di mahkamah dan proses perbicaraan masih lagi berjalan manakala 40 individu lagi dibebaskan dengan jaminan dan masih menunggu arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya," katanya ketika sidang Akhbar Op Bersepadu Khazanah (Op Sawmill) Pasukan Gerakan Am di Kem Bukit Galing,Briged Tenggara PGA di sini pada Selasa.

Hadir sama Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Hutan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Abd Ramlizauyahhudin Mahli.

Azmi berkata, susulan kejayaan itu, Op Sawmill siri tiga telah dilancarkan secara serentak di tiga negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan pada 20 Mei lalu.

Beliau berkata, operasi melibatkan tujuh agensi diketuai Ibu Pejabat PGA Bukit Aman bersama Briged Tenggara PGA dan Jabatan Perhutanan ini mengempur 15 kilang papan terdiri tujuh di Pahang dan masing-masing empat di Kelantan dan Terengganu.

Artikel Berkaitan:

"Dalam operasi itu, 14 lokasi sasaran berjaya diserbu bagaimanapun kesemua kilang papan yang beroperasi itu ada yang mempunyai lesen tetapi menggaji warganegara asing tanpa permit yang sah.

"Ada yang mempunyai lesen tetapi tidak mempunyai lesen untuk membawa keluar masuk hasil-hasil kayu hutan atau kayu balak dan ada kilang yang diserbu langsung tidak mempunyai lesen," katanya.

Antara kilang papan yang diperiksa pada Op Sawmill siri tiga yang dijalankan baru-baru ini.
Antara kilang papan yang diperiksa pada Op Sawmill siri tiga yang dijalankan baru-baru ini.

Jelas beliau, satu kilang papan yang diserbu didapati tidak melakukan sebarang kesalahan terkesan.

"Nilai keseluruhan rampasan dalam operasi itu RM 30.8 juta termasuk rampasan pelbagai jenis kayu hutan bernilai lebih RM 11.3 juta.

"Seramai 232 individu telah diperiksa dalam operasi tersebut dan 45 individu termasuk warga asing telah ditahan untuk siasatan lanjut," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!