Wanita Perancis bertutur loghat Inggeris selepas pembedahan tonsil

Seorang wanita dari Perancis barat dilaporkan bertukar bertutur dengan loghat Inggeris sejak menjalani pembedahan membuang tonsil 14 tahun lalu, meskipun beliau tidak fasih berbahasa Inggeris. Gambar hiasan Agensi
Seorang wanita dari Perancis barat dilaporkan bertukar bertutur dengan loghat Inggeris sejak menjalani pembedahan membuang tonsil 14 tahun lalu, meskipun beliau tidak fasih berbahasa Inggeris. Gambar hiasan Agensi
A
A
A

SARTH - Seorang wanita dari Perancis barat dilaporkan bertukar bertutur dengan loghat Inggeris sejak menjalani pembedahan membuang tonsil 14 tahun lalu, meskipun beliau tidak fasih berbahasa Inggeris.

Laetitia, 47, yang bekerja sebagai juruwang di Montval-sur-Loir dalam wilayah Sarthe, hanya tahu beberapa patah perkataan Inggeris yang dipelajarinya semasa zaman sekolah.

Namun sejak menjalani pembedahan tersebut, tutur katanya dalam bahasa Perancis berbunyi seolah-olah beliau berasal dari England.

“Sebaik bangun daripada pembedahan, saya terus bercakap dengan loghat ini.

“Saya jumpa pakar bedah, tapi beliau tak sebut apa-apa masalah. Bila saya tanya bila suara saya akan kembali, dia hanya suruh saya bersabar,” katanya kepada akhbar Le Petit Courrier.

Namun selepas tiga bulan, suaranya kekal dengan loghat berkenaan. Apabila beliau kembali berjumpa doktor, pakar itu sendiri menyangka Laetitia berasal dari negara Anglo-Saxon kerana tidak dapat mempercayai perubahan suara tersebut.

Doktor akhirnya mengaku tidak tahu apa puncanya dan menyifatkan keadaan Laetitia sebagai 'misteri sains'.

Laetitia kemudian menjalani beberapa pemeriksaan dengan pakar lain termasuk pakar Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, (otorinolaringologi), namun tiada siapa yang dapat memberi penjelasan tepat.

Beliau akhirnya di diagnosis menghidap Sindrom Loghat Asing (Foreign Accent Syndrome), satu keadaan neurologi yang amat jarang berlaku dan boleh berlaku selepas kemalangan, strok atau pembedahan.

Artikel Berkaitan:

Rekod perubatannya menunjukkan semasa pembedahan tonsil itu, terdapat bahagian otaknya yang kurang menerima bekalan darah, yang mungkin menjadi punca kepada perubahan loghatnya.

Walaupun masih berharap dapat mendapatkan kembali suara asalnya, Laetitia kini telah menerima keadaan itu dan menjadikannya sebahagian daripada hidupnya walaupun ada yang menyangka beliau hanya berlakon. -Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!