Pembaharuan Liga-M 2025/26 tarik perhatian Tunku Mahkota Ismail

Catatan Tunku Mahkota Ismail menerusi laman X.
Catatan Tunku Mahkota Ismail menerusi laman X.
A
A
A

PEMBAHARUAN yang dilakukan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menarik perhatian pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail apabila memberi maklum balas penuh makna yang tersirat.

Baginda yang juga Pemangku Sultan Johor memuat naik hantaran di platform media sosial X dengan dua perkataan dalam bahasa Inggeris:

"Level up," catat baginda.

MFL baru-baru ini mengumumkan lapan langkah penting menjelang saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim baharu 2025/26 termasuk kehadiran kelab jemputan dari luar negara, Brunei DPMM.

Menerusi penampilan pasukan baharu itu, Liga Super pada musim depan bakal menyaksikan persaingan 14 kelab bagi merebut kejuaraan daripada skuad Harimau Selatan.

Selain itu, kuota tenaga import juga akan bertambah kepada 15 orang dengan tujuh pemain di atas padang, manakala dua lagi memulakan aksi dari bangku simpanan.

Pembaharuan lain ialah pelaksanaan sepenuhnya Financial Fair Play (FFP) yang mula diperkenalkan musim lalu dengan menetapkan mekanisme gaji siling sebanyak 80 peratus buat setiap kelab.

Bagi saingan Liga Super, perlawanan pertama dijangka membuka tirai Ogos depan yang melibatkan aksi Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor sebagai dua kelab terbaik musim lalu.

Malah, dua kelab tersebut juga akan beraksi di pentas Asia dengan JDT mara ke Liga Juara-Juara Elite (ACLE), manakala Selangor pula layak bermain di ACL2.

Artikel Berkaitan:

Dua kelab terbaik itu juga dipilih oleh MFL untuk mewakili Malaysia ke saingan ACC setelah JDT menjurai Liga Super, sementara Selangor muncul selaku naib juara.

MFL turut mengumumkan dua tarikh jendela perpindahan buat kesemua kelab memperkuat pasukan iaitu bermula 9 Jun sehingga 31 Ogos serta 5 Januari sehingga 1 Februari 2026.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!