Lima pemain Harimau Malaya terpilih lawan Manchester United

Aksi persahabatan ASEAN All-Stars menentang United akan berlangsung pada 28 Mei ini.
Aksi persahabatan ASEAN All-Stars menentang United akan berlangsung pada 28 Mei ini.
A
A
A

LIMA pemain kebangsaan menggalas cabaran apabila terpilih menyertai skuad ASEAN All-Stars yang akan menentang Manchester United dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei ini.

Antara yang dipanggil menyertai skuad tersebut ialah pemain Terengganu FC, Muhammad Azam Azmi Murad yang akan memperkuatkan posisi bek kanan.

“Ini satu kebanggaan buat saya. Saya akan berikan yang terbaik untuk membuktikan keupayaan bola sepak Malaysia,” katanya.

Pemain sayap Penang FC, Muhammad Adib Abdul Ra’op, turut terpilih dan dijangka menyumbang kreativiti serta visi serangan.

Dia berkata, peluang ini merupakan ruang untuk pemain tempatan menunjukkan kebolehan di peringkat serantau.

Sementara itu, penjaga gol Perak FC, Muhammad Haziq Nadzli, akan mengetuai benteng terakhir pasukan.

“Beraksi menentang kelab seperti Manchester United merupakan impian saya sejak kecil,” katanya.

Pertahanan KL City FC, Declan Lambert, yang juga pemain kebangsaan sejak 2022, akan mengetuai bahagian pertahanan dan dia mempunyai pengalaman beraksi dalam liga tempatan dan antarabangsa.

Artikel Berkaitan:

Penyerang Sri Pahang, Sergio Aguero, melengkapkan senarai lima pemain negara dan semangnya dikenali dengan sentuhan penyudah yang tajam.

Kesemua pemain ini akan beraksi di bawah bimbingan jurulatih Kim Sang Sik dari Korea Selatan, yang sebelum ini membimbing Vietnam menjuarai Kejohanan ASEAN 2024.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!