Simsby ungguli Golf Terbuka Malaysia

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan trofi juara kepada Simsby (dua kanan) kejohanan golf Terbuka Malaysia 2020 di Kota Permai Golf and Country Club di sini, hari ini. Turut bersama Presiden Persatuan Golf Malaysia Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor (kanan) dan Naib Pengerusi Eksekutif Iskandar Waterfront Holdings Tan Sri Lim Kang Hoo (kiri).
--foto BERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan trofi juara kepada Simsby (dua kanan) kejohanan golf Terbuka Malaysia 2020 di Kota Permai Golf and Country Club di sini, hari ini. Turut bersama Presiden Persatuan Golf Malaysia Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor (kanan) dan Naib Pengerusi Eksekutif Iskandar Waterfront Holdings Tan Sri Lim Kang Hoo (kiri). --foto BERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

PEMAIN golf Amerika Syarikat, Trevor Simsby muncul juara Terbuka Malaysia ke-55 selepas mengatasi pendahulu semalaman Andrew Dodt daripada Australia dalam lubang kedua playoff hari ini.

Pemain berusia 27 tahun berkenaan menjulang gelaran itu selepas mencatatkan birdie di lubang ke-18 playoff manakala Andrew yang merupakan pendahulu sejak pusingan pertama mencatatkan par-lima untuk meraih tempat kedua dalam kejohanan yang berlangsung di Kota Permai Golf and Country Club di sini.

Seorang lagi pemain Amerika Syarikat, Jarin Todd di tempat ketiga selepas kalah dalam lubang pertama playoff dengan mencatatkan lima mata, susulan Trevor dan Andrew sama-sama mencatatkan birdie di lubang ke-18.

Pemenang terpaksa diputuskan secara playoff selepas ketiga-tiga pemain terikat dengan catatan mata 13-di bawah-par 203 selepas lubang ke-54, berikutan penganjur memutuskan untuk memendekkan kejohanan daripada 72 lubang pada kebiasaannya berikutan keadaan cuaca buruk sejak kejohanan bermula pada Khamis. - Bernama

Artikel Berkaitan: