Wanita UMNO mahu Zahid dalam Kabinet

Gambar dari kiri: Ahmad Zahid, Noraini
Gambar dari kiri: Ahmad Zahid, Noraini
A
A
A

SHAH ALAM - Wanita UMNO mahu supaya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berada dalam senarai Kabinet baharu yang bakal dibentuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, Presiden UMNO itu selayaknya berada dalam kerajaan bagi menjaga maruah parti dan juga membantu urusan pentadbiran Perdana Menteri kelapan itu.

"Wanita UMNO mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang menawarkan diri untuk tidak dilantik dalam barisan Kabinet kerajaan baru yang diterajui oleh Perikatan Nasional.

"Ini jelas menunjukkan betapa jiwa besar pemimpin UMNO yang perlu dicontohi oleh semua pihak.

"Namun begitu, Wanita UMNO berasakan Presiden UMNO perlu ada dalam barisan Kabinet demi maruah parti seterusnya membantu Perdana Menteri dalam pengurusan pentadbiran negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noraini berkata, pihaknya sentiasa berada di belakang Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

"Wanita UMNO dengan ini menzahirkan sepenuh sokongan kepada beliau untuk berada dalam barisan Kabinet yang bakal dibentuk," katanya.

Semalam, Ahmad Zahid mengumumkan agar dirinya tidak dilantik ke dalam Kabinet yang akan dibentuk Muhyiddin.

Artikel Berkaitan:

Pengumuman itu dibuat ketika berucap merasmikan Persidangan UMNO Cawangan Empat Peringkat Dalam Bahagian Bagan Datuk Tahun 2020 di Dewan Perdana, Kompleks UMNO Bagan Datuk Perak.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Zahid tak mahu jawatan Kabinet