Telaga Gajah

A
A
A
Telaga Gajah menjadi lokasi utama pelancong yang ingin mengetahui sejarah awal daerah Pendang yang terletak di Laman Warisan Majlis Daerah Pendang (MDP), di sini.

Nama Pendang itu sendiri berasal dari perkataan 'Pendiat' yang bermaksud parit atau lubang yang dibina khas untuk menangkap gajah.

Telaga Gajah ini turut menarik perhatian orang ramai apabila ianya tidak pernah kering walaupun dilanda musim kemarau panjang.

Terletak di pekan Pendang, Telaga Gajah ini dulunya menjadi tempat gajah-gajah yang pulang dari menghantar ufti (bunga emas) ke Siam untuk mandi memandangkan ianya haiwan yang menjadi pengangkutan utama ketika itu.

Pada zaman itu juga, Telaga Gajah menjadi sumber bekalan air bersih utama kepada penduduk kawasan Pendang sewaktu kemarau panjang.
Artikel Berkaitan:


Pada masa ini, Telaga Gajah sudah pun melalui beberapa kali kerja menaiktaraf sebaga usaha memperkenalkan kepada orang ramai khusus pelancong asing ke sini sempena Tahun Melawat Malaysia 2020. - Foto Bernama