Bas milik UTM terbakar, pemandu dengar bunyi letupan

Keadaan bas milik UTM yang terbakar pada Rabu.
Keadaan bas milik UTM yang terbakar pada Rabu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebuah bas milik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hampir musnah dalam kejadian kebakaran pada Rabu.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 1 Khas Untuk Penyandang (KUP), Kamarulzaman Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran berkenaan pada jam 9.58 pagi.

Menurutnya, sebaik menerima panggilan tersebut, satu jentera Compact Fire Rescue Tender (CFRT) serta enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dikejarkan ke lokasi.

"Setibanya ke lokasi pada jam 10.04 pagi, didapati kebakaran melibatkan sebuah bas yang terbakar sebanyak 49 peratus dan tidak melibatkan sebarang mangsa.

Api marak membakar sebuah bas milik UTM pada Rabu.
Api marak membakar sebuah bas milik UTM pada Rabu.

"Berdasarkan keterangan pemandu, dia memberhentikan bas apabila terdengar bunyi letupan dan mendapati tayar belakang sebelah kanan telah terbakar.

"Biarpun tidak melibatkan mangsa, pemandu telah cuba memadam kebakaran tersebut menggunakan alat pemadam api namun tidak berjaya sehinggalah ketibaan pihak bomba yang membantu memadamkan kebakaran sepenuhnya," katanya.

Beliau memberitahu, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.06 pagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!