Guru InteJ dapat hadiah 'gold bar' sempena Hari Guru

Guru berkhidmat di InteJ menerima kepingan emas 0.25 gram sempena Hari Guru.
Guru berkhidmat di InteJ menerima kepingan emas 0.25 gram sempena Hari Guru.
A
A
A

JEMPOL - Seramai 51 guru Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Jempol (InteJ) menerima hadiah istimewa 'gold bar' sempena Hari Guru.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Hamizan Mohd Nor berkata, hadiah kepingan emas seberat 0.25 gram tersebut sebagai tanda penghargaan di atas dedikasi guru-guru dalam mendidik pelajar sekolah berkenaan.

"Ini merupakan simbolik betapa tingginya nilai dan darjat seorang guru dalam membentuk masa depan pelajar.

"Semoga hadiah ini menjadi pembakar semangat kepada mereka untuk terus berbakti dengan lebih ikhlas dan bersungguh-sungguh," katanya pada Selasa.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nilai sebenar harga emas berkenaan.

Katanya, bukan harga yang menjadi ukuran namun yang lebih penting jasa guru yang tidak ternilai.

Norazhar (dua kiri) bersama beberapa guru menunjukkan hadiah kepingan emas diterima daripada PIBG sempena Hari Guru.
Norazhar (dua kiri) bersama beberapa guru menunjukkan hadiah kepingan emas diterima daripada PIBG sempena Hari Guru.

Sementara itu, Pengetua InteJ, Norazhar Mohd Shah mengucapkan terima kasih kepada PIBG atas sokongan luar biasa terhadap warga pendidik sekolah berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Kami sangat terharu dengan usaha ibu bapa meraikan guru, dan sumbangan hadiah ini adalah tanda kasih sayang dan sokongan moral buat warga pendidik.

"Hadiah ini akan menjadi kenangan terindah yang tidak mungkin dapat dilupakan walaupun guru tidak mengharapkan sebarang ganjaran daripada pelajar," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!