Terbang ke Selatan China, Hong Kong promosi Kelantan

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan terbang ke Selatan China dan Hong Kong dalam usaha mempromosi dan menarik pelancong untuk melawat negeri ini.
Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, sepanjang lima hari pelbagai promosi dan tawaran berkaitan negeri ini telah dikemukakan kepada pemain industri pelancongan dan pengamal media di sana.
"Kita telah kenalkan Kelantan dan pelawa mereka datang ke sini. Pada dasarnya mereka memaklumkan sedang menunggu jemputan.
"Insya-ALLAH dalam beberapa bulan lagi kita akan dapat menjadi tuan rumah kepada tetamu dari Selatan China dan Hong Kong," katanya kepada pemberita pada Rabu.
Menurut beliau, usaha berterusan itu bagi memastikan sektor pelancongan terus berkembang dan setanding dengan negeri-negeri lain.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!