Empat lelaki ditahan miliki dadah, memandu ketika mabuk

Ops Bersepadu dijalankan di sekitar daerah Klang berjaya menahan empat lelaki atas kesalahan dadah dan memandu bawah pengaruh alkohol malam tadi.
Ops Bersepadu dijalankan di sekitar daerah Klang berjaya menahan empat lelaki atas kesalahan dadah dan memandu bawah pengaruh alkohol malam tadi.
A
A
A

KLANG - Polis menahan empat lelaki dalam Ops Bersepadu malam tadi di sekitar daerah ini selepas dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol serta dikesan memiliki dadah.

Operasi dijalankan bermula jam 9 malam membabitkan tiga pegawai dan 31 anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dalam operasi selama empat jam itu, sebanyak 125 kenderaan diperiksa.

Shamsul Amar
Shamsul Amar

"Seramai 148 individu diperiksa dan daripada jumlah tersebut, kita menahan empat lelaki tempatan berusia lingkungan 22 hingga 42 tahun.

"Siasatan mendapati dua lelaki terbabit memiliki dadah seberat 3.02 gram bernilai RM80 manakala dua lagi dikesan memandu secara mabuk," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Shamsul Amar berkata, keempat-empat lelaki terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 45 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, sebanyak 38 saman atas atas pelbagai kesalahan trafik turut dikeluarkan dalam operasi yang dibantu anggota dari Balai Polis Klang, Balai Polis Pandamaran dan Balai Polis Pelabuhan Klang.

Tegasnya, operasi sedemikian akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa dalam usaha menangani dan mengesan kesalahan dalam usaha mengurangkan kadar indeks jenayah khususnya di daerah Klang Selatan.