Jemaah haji ketiga meninggal akibat serangan jantung di Makkah

Allahyarham Aripin merupakan jemaah haji Malaysia berasal dari Tawau, Sabah.
Allahyarham Aripin merupakan jemaah haji Malaysia berasal dari Tawau, Sabah.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang jemaah haji Malaysia dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci pada Selasa akibat serangan jantung.

Kematian tersebut merupakan kes ketiga membabitkan jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, jemaah berkenaan Aripin @ Ariffin Jawah @ Ab Halim menghembuskan nafas terakhir di Rehab Al-Janadiriyyah, Makkah merupakan jemaah haji Malaysia dari KT058, Maktab 90A yang berasal dari Tawau, Sabah.

"Saya merakamkan ucapan takziah buat seluruh keluarga Allahyarham yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.30 pagi (waktu Makkah), 20 Mei 2025.

"Allahyarham ditemani isteri beliau Norasiah Imam dari Isnin sepanjang perjalanan haji ini," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Selasa.

Sebelum ini, seorang jemaah wanita, Norizah Tambonan, 47 dari Batu Pahat, Johor dan jemaah lelaki, Abdullah Mat, 59 dari Pasir Mas, Kelantan turut disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Dalam pada itu, Mohd Na'im berkata, pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar, namun yakin Allahyarham dipanggil dalam keadaan yang sangat mulia sebagai tetamu ALLAH di Tanah Suci.

"Insya-ALLAH, pihak Tabung Haji akan menyempurnakan segala urusan termasuk pengurusan jenazah dan pelaksanaan badal haji bagi pihak Allahyarham.

Artikel Berkaitan:

"Saya mendoakan agar Norasiah, anak-anak serta seluruh ahli keluarga diberi kekuatan dan kesabaran. Al-Fatihah buat roh Allahyarham. Semoga ditempatkan dalam kalangan para solihin," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!