Modi pemimpin paling ‘berkuasa’ di dunia

Modi memiliki pasukan khas untuk menggerakkan akaun media sosialnya.
Modi memiliki pasukan khas untuk menggerakkan akaun media sosialnya.
A
A
A

SHAH ALAM - Para pemimpin dunia turut tidak ketinggalan menggunakan media sosial untuk berhubung dan menyampaikan sesuatu maklumat bukan sahaja kepada rakyatnya bahkan masyarakat luar.

Antara pemimpin dunia paling obses dengan medium terbabit tidak lain tidak bukan, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Presiden AS ke-45 itu gemar menggunakan platform media sosial terutamanya Twitter untuk melontarkan komen terhadap ahli politik dan selebriti serta memberi pandangan berkaitan hal ehwal semasa.

Akaun Twitter @RealDonaldTrump dibuka pada tahun 2009 dan Trump lebih kerap menggunakan akaun peribadi tersebut berbanding akaun rasmi Presiden AS, @Potus yang diilhamkan bekas Presiden AS, Barack Obama.

Ketika menjadi Presiden AS dari tahun 2009 hingga 20 Januari 2017, Obama memiliki pasukan yang menguruskan akaun beliau. Setiap ciapan peribadi akan diletakkan tanda tangan Obama untuk makluman pembaca. Berbeza dengan Trump yang memuat naik sendiri ciapan tanpa sebarang pengawasan.

Trump kini mempunyai 73 juta pengikut di Twitter.
Trump kini mempunyai 73 juta pengikut di Twitter.

Dengan 73.4 juta pengikut, Twitter merupakan tempat di mana Trump ‘berkuasa’ dan bebas meluahkan apa sahaja.

Tidak keterlaluan jika dikatakan Trump merupakan presiden yang paling kerap menggunakan Twitter dan beliau tidak memerlukan sepasukan kakitangan untuk menguruskan akaun untuknya. Ciapan Trump adalah hasil tulisannya sendiri.

Artikel Berkaitan:

Terbaharu, bilionair hartanah itu mendabik dada mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg berkata, beliau merupakan orang nombor satu di platform media sosial global tersebut.

Modi paling tinggi di FB

Selain Trump, seorang lagi pemimpin dunia yang meraih populariti di media sosial ialah Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Menurut data laman sesawang twiplomacy.com, pemimpin Parti Bharatiya Janata itu menduduki tempat pertama dalam senarai 50 pemimpin dunia paling ramai pengikut di laman Facebook pada tahun 2019 dengan 44 juta pengikut. Ia diikuti Trump di tangga kedua dengan 26 juta pengikut dan Permaisuri Rania Al Abdullah dengan 17 juta pengikut.

Bagi pemimpin paling ramai pengikut di laman Twitter pada tahun lalu menunjukkan Modi memiliki 53.4 juta pengikut.

Kejayaan tersebut menjadikan Modi pemimpin paling berkuasa di media sosial India.

Namun berbeza dengan gaya bombastik Trump, keberadaan Modi di pelbagai platform media sosial dibentuk dengan lebih kemas.

Jumlah pengikut media sosial Trump dan Modi.
Jumlah pengikut media sosial Trump dan Modi.

Pasukan media sosial yang menjaga talian komunikasi terbuka dan strategi media sosial berkesan berjaya meletakkan nama Modi di peta dunia.

Daripada berkongsi pengumuman besar hinggalah ucapan setiap hari Ahad, berkongsi momen berharga bersama bayi hinggalah cerita-cerita kemanusiaan, aktiviti media sosial Modi lebih komuniti.

Menurut Modi, 69, media sosial boleh digunakan sebagai ‘senjata’ untuk melaksanakan tadbir urus yang baik, namun pada masa sama menasihati orang ramai agar meneliti kandungan beritanya sebelum menekan butang ‘share’.

ARTIKEL BERKAITAN: Dari dalam penjara pun boleh berceramah

Najib dominasi media sosial di Malaysia