Najib dominasi media sosial di Malaysia

Najib kini menjadi pemimpin Malaysia yang menguasai media sosial dengan pengikut tertinggi di Facebook dan Twitter.
Najib kini menjadi pemimpin Malaysia yang menguasai media sosial dengan pengikut tertinggi di Facebook dan Twitter.
A
A
A

SHAH ALAM - Para pemimpin di Malaysia turut tidak ketinggalan menyertai gelombang media sosial, sama ada digunakan sebagai wadah menyampaikan berita, menyebarkan propaganda, mengkritik parti lain dan mendedahkan cerita-cerita panas politik.

Tidak dapat dinafikan kuasa media sosial sama ada daripada aspek positif atau negatif amatlah ketara terutamanya dalam dunia politik.

Dalam konteks Malaysia, jika sebelum pilihan raya ke-14 pada tahun 2018, Tun Dr Mahathir Mohamad antara pemimpin paling berpengaruh di media sosial sehingga digelar Raja LiveFB.

Namun, dengan hashtag Malu Apa Bossku, Datuk Seri Najib Tun Razak mula meraih sokongan netizen terutamanya kelompok pengguna laman sosial muda sehingga digelar Raja Troll.

Yang pasti, hari ini berdasarkan statistik jumlah pengikut di Facebook dan Twitter, Najib merupakan pemimpin paling berkuasa di media sosial Malaysia apabila menjadi pemimpin politik yang memiliki pengikut paling ramai.

Berdasarkan laman web Socialbakers yang menganalisis statistik media sosial, Najib berada di depan dengan 3.9 juta pengikut di Facebook dan 4.2 juta pengikut di Twitter.

Senarai 10 pemimpin Malaysia dengan pengikut tertinggi di Facebook dan Twitter.
Senarai 10 pemimpin Malaysia dengan pengikut tertinggi di Facebook dan Twitter.

Dr Mahathir berada di tempat kedua di Facebook dengan jumlah 3.6 juta pengikut, tetapi ranking kedua di Twitter pula menjadi milik Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan 2.4 juta pengikut.

Artikel Berkaitan:

Juara carta pemimpin paling banyak pengikut di laman media sosial akan sentiasa berubah, namun yang pasti media sosial kini merupakan ‘senjata’ penting ahli politik dalam memikat hati penyokong mereka.

Sementara itu, pakar sosial merangkap Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Datuk Mohammad Shatar Sabran berkata, bagi mengelak manipulasi kenyataan oleh pihak tidak bertanggungjawab, seseorang pemimpin perlu mempunyai akaun media sosial rasmi bagi membolehkan masyarakat membuat rujukan berita sebenar.

Katanya, pemimpin di Malaysia seharusnya mengambil kesempatan menggunakan medium sosial tetapi pada masa sama tidak mengabaikan media konvensional yang masih punya pengikut tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Dari dalam penjara pun boleh berceramah