Pemandu lori ditahan bersama 162 kambing seludup

Seorang pemandu lori dicekup PGA bersama 162 ekor kambing yang dipercayai diseludup dari Thailand di Kampung Batu Gajah, Tanah Merah pada Isnin. Foto PGA
Seorang pemandu lori dicekup PGA bersama 162 ekor kambing yang dipercayai diseludup dari Thailand di Kampung Batu Gajah, Tanah Merah pada Isnin. Foto PGA
A
A
A

TANAH MERAH - Seorang pemandu lori dicekup oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama 162 ekor kambing yang dipercayai diseludup dari Thailand di Kampung Batu Gajah di sini pada Isnin.

Tangkapan pada jam 2.41 pagi itu menerusi penugasan Op Taring Wawasan dilakukan selepas PGA mengesan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan mendapati terdapat 162 ekor kambing yang dipercayai diseludup dari negara jiran di dalam kenderaan terbabit tanpa dokumen yang sah.

"Pemandu lori berusia 32 tahun itu dipercayai mengambil upah sebagai penghantar kambing tersebut ke pasaran tempatan.

"Anggaran nilai rampasan termasuk kenderaan ialah berjumlah RM321,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Ujarnya, kesemua suspek dan barangan rampasan diserahkan kepada Jabatan Veterinar Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!