Mykad hilang undang bahaya curi identiti

Tindakan seorang lelaki mencetak dan menjual kad pengenalan palsu pada harga RM4,000 hingga RM5,000 akhirnya membawa padah apabila dia terpaksa meringkuk dalam penjara selama 13 bulan. Foto hiasan
Tindakan seorang lelaki mencetak dan menjual kad pengenalan palsu pada harga RM4,000 hingga RM5,000 akhirnya membawa padah apabila dia terpaksa meringkuk dalam penjara selama 13 bulan. Foto hiasan
A
A
A

KEHILANGAN dokumen penting seperti kad pengenalan diri atau MyKad bukan perkara baharu dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Namun, ia menjadi lebih serius apabila melibatkan golongan muda yang dikatakan sering mengambil sikap ambil mudah.

Sikap sambil lewa ini bukan sahaja mengundang risiko kehilangan dokumen tetapi juga boleh menyebabkan masalah yang lebih besar seperti penyalahgunaan identiti.

Terbaharu, sebanyak 142,535 atau hampir separuh daripada 285,568 kes kehilangan MyKad dilaporkan sepanjang tahun lepas membabitkan golongan belia berusia 15 hingga 30 tahun, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Beliau berkata, angka itu amat membimbangkan kerana MyKad merupakan dokumen penting dan menjadi akses bagi pelbagai urusan rasmi rakyat negara ini, sama ada bersifat peribadi atau melibatkan urusan kerajaan.

Statistik itu menunjukkan golongan muda masih kurang peka dengan kepentingan menjaga dokumen rasmi mereka.

Sikap ambil mudah ini bukan sahaja membabitkan kecuaian seharian, malah boleh membuka ruang kepada penjenayah untuk mencuri identiti dan menyalahgunakan maklumat peribadi.

Oleh itu, sikap sambil lewa terhadap dokumen penting ini perlu segera diubah demi melindungi diri sendiri daripada risiko jenayah identiti.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, tabiat buruk ini turut mungkin berpunca daripada kurangnya pendidikan awal mengenai kepentingan menjaga dokumen rasmi.

Bukan itu sahaja, pengaruh persekitaran yang tidak mengutamakan tanggungjawab juga berkemungkinan menyumbang kepada masalah tersebut.

Susulan itu, pihak sekolah dan institusi pendidikan perlu memainkan peranan lebih aktif dalam memberi pendedahan dan kesedaran mengenai risiko kehilangan dokumen.

Kempen kesedaran yang berterusan dapat membantu menanamkan nilai tanggungjawab dalam diri pelajar.

Bukan itu sahaja, pihak kerajaan juga boleh memperkenalkan langkah mudah dan efektif untuk membantu golongan muda yang kehilangan MyKad.

Contohnya dengan menyediakan perkhidmatan penggantian yang lebih cepat dan mudah secara dalam talian atau melalui kaunter bergerak.

Perkara tersebut dapat mengurangkan beban dan tekanan kepada mereka yang terpaksa melalui proses penggantian lama.

Oleh itu, tabiat sambil lewa golongan muda terhadap dokumen penting perlu diubah demi masa depan mereka sendiri.

Sikap tidak ambil peduli ini boleh membawa kesan jangka panjang, terutama apabila berdepan urusan rasmi dan perundangan.

Kesedaran serta amalan pengurusan diri yang baik bukan sahaja membantu menjaga dokumen penting, malah mencerminkan kematangan dalam mengurus kehidupan secara keseluruhan.

Justeru, semua pihak perlu berganding bahu membentuk generasi yang lebih bertanggungjawab dan prihatin.

Kesimpulannya, isu kehilangan MyKad dalam kalangan golongan muda bukan sekadar masalah remeh, sebaliknya mencerminkan cabaran besar yang memerlukan tindakan segera.

Jika terus dibiarkan, sikap ambil mudah ini bukan sahaja menjejaskan individu, malah boleh memberi kesan kepada kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!