Di mana Jovitra?

BENTONG – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di Rumah Pangsa Batu 1, Jalan Tras, di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, laporan kehilangan mangsa yang dikenali sebagai Jovitra dibuat oleh datuknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong pada jam 12.06 pagi, Isnin.
“Mangsa mempunyai ketinggian kira-kira 160 sentimeter, berkulit sawo matang, berbadan sederhana dan seberat sekitar 42 kilogram.
“Kali terakhir dilihat, dia memakai baju-T hitam berlengan pendek dan seluar jean hitam,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai remaja berkenaan agar segera tampil membantu siasatan.
“Mereka boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Bentong di talian 09-2231999 atau hadir ke mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

