Polis kesan remaja perempuan 14 tahun hilang

V Lavaniya dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.
V Lavaniya dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.
A
A
A

KAJANG - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang dari kediamannya di Residensi Taman Anggerik Perdana, Semenyih sejak Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kehilangan V Lavaniya dilaporkan pada jam 8.50 malam.

"Remaja itu berketinggian kira-kira 150 sentimeter dengan berat kira-kira 60 kilogram dan warna kulit gelap.

"Selain itu, remaja itu berbadan sederhana, memakai pakaian baju dan berseluar hitam serta berambut panjang ikal," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja itu diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

"Orang ramai juga boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!