Usahawan mikro perlu mohon program BRJohor Niaga

Onn Hafiz (belakang,tengah) dan Mohd Hairi bersama penerima insentif khemah di tapak Pasar Malam Jalan Kemuliaan, Taman Universiti, Skudai.
Onn Hafiz (belakang,tengah) dan Mohd Hairi bersama penerima insentif khemah di tapak Pasar Malam Jalan Kemuliaan, Taman Universiti, Skudai.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Usahawan mikro tempatan digesa merebut peluang dengan memohon program BRJohor Niaga bagi mengembangkan perniagaan masing-masing sebelum permohonan ditutup pada Mac 2026.

Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Hairi Mad Shah berkata, program berkenaan masih mempunyai baki pembiayaan RM53.1 juta.

"Sehingga kini, seramai 644 usahawan menerima manfaat program BRJohor Niaga dengan jumlah pembiayaan RM43.2 juta.

"Bagi program BRJohor Niaga, usahawan mikro layak memohon pembiayaan antara RM5,000 hingga RM50,000 dengan kadar faedah ditanggung 100 peratus oleh kerajaan negeri.

"Untuk pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pula, ia bermula dari RM50,001 hingga RM500,000 dengan kadar faedah ditanggung kerajaan negeri sebanyak 3.58 peratus manakala selebihnya ditanggung peminjam," katanya.

Onn Hafiz (tiga dar kiri) menyampaikan insentif khemah kepada usahawan mikro di Pasar Malam Jalan Kemuliaan, Taman Universiti, Skudai.
Onn Hafiz (tiga dar kiri) menyampaikan insentif khemah kepada usahawan mikro di Pasar Malam Jalan Kemuliaan, Taman Universiti, Skudai.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Insentif Khemah kepada Usahawan Mikro Johor Bahru di Pasar Malam Jalan Kemuliaan, Taman Universiti, di sini, pada Jumaat.

Majlis pelancaran diadakan serentak di lapan pihak berkuasa tempatan (PBT) disempurnakan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Menurut Mohd Hairi, seramai 6,000 usahawan mikro di negeri ini menerima khemah keseluruhannya berjumlah RM3 juta tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor (MPUNJ) melaksanakan 91 inisiatif melibatkan peruntukan RM69.72 juta yang memanfaatkan 6,777 penerima sehingga 31 Mac lalu.

"Pada masa sama, Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) turut membelanjakan RM4 juta merangkumi pelbagai inisiatif dalam membangunkan ekosistem keusahawanan di negeri ini.

"Antara bantuan diberikan termasuk bantuan pembungkusan produk, mengiklankan produk usahawan Johor di siaran televisyen, bantuan mempromosikan produk usahawan Johor ke luar negara, latihan dan kursus keusahawanan serta program mentor-mentee usahawan," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!