Bibik cuba racun majikan selepas diminta cuci sangkar kucing

JAKARTA - Tular di media sosial sebuah keluarga doktor terselamat daripada maut.
Kejadian di Jambi, Indonesia itu berlaku apabila seorang Asisten Rumah Tangga (ART) yang baru bekerja selama empat hari tergamak mencampurkan cecair pemutih pakaian ke dalam sup yang dihidangkan kepada majikannya.
Rancangan jahat bibik itu bagaimanapun berjaya dihidu doktor berkenaan kerana aroma pelik sup berkenaan.
Bibik itu akhirnya mengakui perbuatannya dan bertindak memohon maaf.
Setelah disoal majikannya, wanita itu rupa-rupanya berang setelah diminta membersihkan sangkar kucing.
Doktor tersebut yang enggan memanjangkan hal itu menjelaskan dia telah memaafkan pelaku dan enggan melaporkan perbuatannya kepada pihak berkuasa. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!