Kematian pertama di Gunung Everest

KATHMANDU - Dua pendaki menemui ajal ketika menyertai ekspedisi di Gunung Everest, sekali gus menjadi kematian pertama pada musim pendakian kali ini yang bermula pada bulan lalu.
Warga Filipina, Philip Santiago, 45, dipercayai mengalami keletihan melampau ketika dia tiba di kem terakhir (Kem Empat) pada malam Rabu lalu.
Rakyat India, Subrata Ghosh, 45, pula menghembuskan nafas terakhir di laluan menurun diHillary Step yang turut digelar sebagai 'zon maut'.
Difahamkan, kedua-dua jasad itu akan dibawa turun ke kem pangkalan.
Sejak musim pendakian bermula, lebih 50 pendaki telah tiba di puncak Everest setelah Kathmandu mengeluarkan 458 permit kebenaran. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!