Dua maut, lima cedera dalam runtuhan salji di Gunung Eiger

GENEVA - Dua orang maut dalam insiden runtuhan salji di Gunung Eiger di Banjaran Alps, Switzerland pada Sabtu, menurut polis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Seorang mangsa maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi yang sempat diberikan bantuan pernafasan kemudian meninggal dunia di hospital.
Lima lagi mangsa cedera dan telah dibawa ke hospital, kata pihak polis.
Polis sedang berusaha untuk mengesahkan identiti mangsa yang terkorban.
Lapan orang berada di kawasan itu untuk menyertai lawatan mengenai ski ketika runtuhan salji berlaku, kata pihak polis.
Gunung Eiger, yang berketinggian hampir 4,000 meter, adalah puncak terkenal di Bern dan menghadap kawasan pelancongan Grindelwald serta Lauterbrunnen. - Bernama-dpa
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!