Elizabeth Tan dedah rahsia

Elizabeth teruja menjadi antara selebriti terawal menerima pakej eksklusif ke dunia fantasi Lineage2M baru-baru ini.
Elizabeth teruja menjadi antara selebriti terawal menerima pakej eksklusif ke dunia fantasi Lineage2M baru-baru ini.
A
A
A

PENYANYI, pelakon dan pempengaruh media sosial terkenal, Elizabeth Tan, 31, mengakui dirinya merupakan peminat tegar permainan video sejak dari kecil lagi.

Menurut Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, minat itu tercetus hasil pengaruh abangnya yang juga seorang ‘kaki game’ yang aktif.

“Saya memang gemar bermain permainan video sejak kecil lagi. Mungkin kerana terpengaruh dengan abang saya yang merupakan kaki game, saya pun secara tidak langsung terikut sekali.

“Saya sanggup berjaga malam tanpa pengetahuan ibu bapa semata-mata untuk menyertai sebuah permainan video dengan pemain dari luar negara,” katanya.

Elizabeth dedah rahsia.
Elizabeth dedah rahsia.

Bagaimanapun, jelas Lizzy, dia sedar mungkin wujud pandangan kecil daripada segelintir pihak bahawa hobi seperti ini tidak mendatangkan manfaat.

Menepis pandangan itu, kata penyanyi lagu Tunggu itu, sekiranya dilakukan secara terkawal, ia sebenarnya boleh memberi impak positif.

“Saya percaya jika dilakukan secara sederhana, bermain permainan video mampu melatih minda, meningkatkan daya fokus dan kemahiran berfikir secara pantas.

Artikel Berkaitan:

“Banyak permainan yang memerlukan strategi dan reaksi cepat dan ini sangat membantu dalam kehidupan seharian,” jelasnya.

Sementara itu, berkongsi mengenai kejutan berupa kotak misteri yang dihantar menggunakan dron kepadanya, Lizzy berkata, ia merupakan satu pengalaman yang sangat menarik dan luar biasa.

“Ini merupakan pengalaman pertama saya. Saya rasa benar-benar teruja. Saya pernah melihat video penghantaran menggunakan dron di luar negara.

“Tidak sangka saya sendiri menerima penghantaran seperti ini di Malaysia. Memang sangat maju,” ujarnya teruja.

Terdahulu, Lizzy merupakan antara selebriti terawal menerima pakej eksklusif ke dunia fantasi Lineage2M menerusi penghantaran dron yang berlangsung pada 10 Mei lalu.

Selain Lizzy, apa yang menarik, selebriti lain yang menerima kotak misteri yang sama ialah bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin serta dua lagi pempengaruh iaitu Cathryn Li dan Han Xiiao Aii.

Kempen itu dijayakan oleh keempat-empat mereka menjelang pelancaran rasmi Lineage2M di Asia Tenggara pada 20 Mei ini.

Sejak video kempen dron tersebut dikeluarkan, ianya telah menjadi tular dan mendapat lebih daripada 350,000 tontonan dalam masa lima hari dan terus meningkat dari hari ke hari.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!