Selangor pantau bau busuk dari Tanah Perkuburan Islam Paya Jaras - Exco

Beberapa aduan telah diterima oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung bau kurang menyenangkan dan beberapa isu lain yang mengganggu keselesaan penduduk.

Mohamad Fahmi (kiri) dan Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad (tengah) meninjau tapak pembinaan Tanah Perkuburan Islam di Paya Jaras, Sungai Buloh pada Jumaat.
Mohamad Fahmi (kiri) dan Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad (tengah) meninjau tapak pembinaan Tanah Perkuburan Islam di Paya Jaras, Sungai Buloh pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor memandang serius aduan penduduk berhubung pencemaran air dari kawasan sekitar yang mengalir melalui tapak pembinaan Tanah Perkuburan Islam di Paya Jaras, Sungai Buloh sehingga menyebabkan bau busuk.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, beliau sendiri telah turun padang meninjau tapak yang mula dibangunkan sejak 2023 menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh pihak kontraktor.

Menurut beliau, beberapa aduan telah diterima oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung bau kurang menyenangkan dan beberapa isu lain yang mengganggu keselesaan penduduk.

"Saya berharap semua pihak bertanggungjawab akan mengambil tindakan segera agar kesejahteraan masyarakat setempat terjamin,” katanya menerusi satu video di TikTok pada Jumaat.

Beliau menjelaskan, perbincangan menyeluruh telah diadakan bersama JAIS, Jabatan Alam Sekitar (JAS), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil komuniti bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

"Kerajaan negeri mahu memastikan sebarang projek pembangunan berkaitan kepentingan umat Islam dijalankan dengan penuh tertib, beretika dan mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan," tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!