Petugas media anjur Program Sabil, agih sarapan kepada jemaah haji

Lebih 800 pek makanan diagihkan kepada jemaah haji yang menginap di bangunan penginapan Abraj Al Janadriyah di Makkah pada Jumaat.
Lebih 800 pek makanan diagihkan kepada jemaah haji yang menginap di bangunan penginapan Abraj Al Janadriyah di Makkah pada Jumaat.
A
A
A

MAKKAH – Lebih 800 pek makanan diagihkan kepada jemaah haji yang menginap di bangunan penginapan Abraj Al Janadriyah di sini pada Jumaat menerusi Program Sabil Sarapan Pagi anjuran petugas media haji Malaysia musim 1446H/2025M.

Pengarah Operasi Media, Mohamad Naser Jaafar berkata, program julung kali itu merupakan hasil kutipan daripada petugas media haji yang menyumbang secara sukarela bagi menjayakan inisiatif berkenaan.

Menurut beliau, sejumlah lebih 5,000 riyal berjaya dikumpulkan untuk program berkenaan.

Program julung kali ini merupakan hasil kutipan daripada petugas media haji yang menyumbang secara sukarela.
Program julung kali ini merupakan hasil kutipan daripada petugas media haji yang menyumbang secara sukarela.

“Dana sabil ini bukan sahaja disumbangkan oleh petugas media, tetapi turut merangkumi sumbangan saudara-mara dan sahabat-handai dari Malaysia yang mengirimkan wang kepada petugas di tanah suci.

“Insya-ALLAH, jika ada rezeki, kita akan anjurkan lagi program seperti ini. Semoga amalan sedekah ini mendapat ganjaran daripada Allah SWT dan doa para jemaah dimakbulkan untuk semua penyumbang,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!