Jemaah haji Johor dijemput Ilahi ketika tawaf

Allahyarhamah Norizah dilaporkan meninggal dunia ketika bertawaf di kawasan Kaabah, Makkah pada Jumaat.
Allahyarhamah Norizah dilaporkan meninggal dunia ketika bertawaf di kawasan Kaabah, Makkah pada Jumaat.
A
A
A

JOHOR BAHRU – [DIKEMAS KINI] Seorang jemaah Rombongan Haji Kerajaan Johor (RKJ) dilaporkan meninggal dunia ketika bertawaf di kawasan Kaabah, Makkah pada Jumaat.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, Allahyarhamah Norizah Tambunan Nordin, 47, merupakan Penolong Pegawai Tadbir di Pejabat Daerah Batu Pahat.

“Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang jemaah dalam Rombongan Haji Kerajaan Johor yang baru tiba di Makkah pada Jumaat telah kembali ke rahmatullah ketika berada dalam kawasan Kaabah.

“Dijemput hadir sebagai tetamu-NYA dan dijemput pergi di Tanah Suci dalam keadaan berihram serta persiapan paling manis untuk bertemu Sang Pencipta.

“Mewakili kerajaan Johor, saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu.

Difahamkan, jenazah telah disemadikan di Tanah Perkuburan Sharayaa 64, Makkah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!