Buruh tertimbus batu kuari

Operasi menyelamatkan mangsa yang tertimbus batu kuari dilakukan anggota bomba dan penyelamat
Operasi menyelamatkan mangsa yang tertimbus batu kuari dilakukan anggota bomba dan penyelamat
A
A
A

PASIR GUDANG - Seorang pemandu jentera pemecah batu di sebuah kuari di Jalan Masai Lama di sini cedera parah selepas tertimbus kira-kira 60 meter dalam timbunan batu kuari semalam.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan, Sharol Suboh berkata, mangsa ialah warga Bangladesh berusia 38 tahun.

"Bomba terima panggilan jam 9.58 pagi dan 10 anggota dari BBP Pasir Gudang bergegas ke lokasi kejadian dengan sebuah jentera dan kenderaan kecemasan.

"Anggota mengeluarkan mangsa tertimbus yang cedera parah pada bahagian kepala dan badan dan diberikan rawatan kecemasan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail ( HSI) Johor Bahru," katanya.

Mangsa yang tertimbus dalam timbunan batu kuari di Jalan Masai Lama dikeluarkan anggota bomba.
Mangsa yang tertimbus dalam timbunan batu kuari di Jalan Masai Lama dikeluarkan anggota bomba.

Menurutnya, operasi tamat pada jam 11.08 pagi

Artikel Berkaitan: