Peniaga 'naik angin' maki pegawai imigresen

Pegawai Imigresen bertugas turut berdepan provokasi ketika serbuan yang dijalankan pada Rabu.
Pegawai Imigresen bertugas turut berdepan provokasi ketika serbuan yang dijalankan pada Rabu.
A
A
A

SUBANG JAYA - Seorang peniaga wanita bertindak melemparkan kata-kata kesat terhadap pegawai imigresen dalam operasi penguatkuasaan di Pasar Moden SS15 di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, wanita berusia lingkungan 60-an itu dilaporkan 'naik angin' selepas tidak berpuas hati dengan tindakan penguat kuasaJabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor yang menahan pekerja asing di premisnya.

Wanita terbabit bukan sahaja memaki hamun dan meninggikan suara, malah mendakwa pegawai imigresen terlibat bersikap kurang ajar ketika menjalankan tugas.

Bagaimanapun situasi berjaya dikawal apabila pegawai imigresen bertindak menenangkan wanita itu tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Difahamkan, operasi berkenaan turut menyaksikan beberapa pendatang asing tanpa izin (PATI) bertindak menyembunyikan diri di bawah meja, ruang bumbung dan tandas demi mengelak daripada ditahan.

Operasi berkenaan turut menyaksikan beberapa PATI bertindak menyembunyikan diri di bawah meja, ruang bumbung dan tandas demi mengelak daripada ditahan.
Operasi berkenaan turut menyaksikan beberapa PATI bertindak menyembunyikan diri di bawah meja, ruang bumbung dan tandas demi mengelak daripada ditahan.

Taktik mereka bagaimanapun gagal apabila semua yang bersembunyi akhirnya berjaya dicekup.

Malah, dalam keadaan kelam-kabut itu, pekerja asing terbabit yang kebanyakannya bertugas sebagai pembantu gerai makanan, sanggup meninggalkan lauk-pauk dan peralatan memasak demi mengelak daripada ditahan.

Artikel Berkaitan:

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, seramai 80 warga asing dari Indonesia, Myanmar dan India diperiksa dalam operasi berkenaan.

"Hasil pemeriksaan, seramai 38 individu berusia 17 hingga 53 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.

"Kebanyakan individu ditahan ketika sedang bekerja dan cuba melarikan diri, termasuk bersembunyi dalam tandas serta di atas bumbung," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Kesemua individu ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Semenyih untuk tindakan lanjut.
Kesemua individu ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Semenyih untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, semua individu ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Semenyih untuk tindakan lanjut.

Jelas beliau, tindakan dijalankan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!