Harga runcit RON97, diesel turun 3 sen

SHAH ALAM - Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 3 sen seliter kepada RM3.07 seliter bagi tempoh 15 hingga 21 Mei 2025, seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia.
Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turut turun sebanyak 3 sen kepada RM2.77 seliter bagi tempoh yang sama.
"Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
"Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak serta menyokong kestabilan harga," katanya pada Rabu.
Tambah kenyataan itu, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.
"Kerajaan akan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," kata kenyataan itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!