Pengarah syarikat didenda jalankan agensi tanpa lesen

Mahkamah memerintahkan tertuduh dihukum penjara selama dua bulan jika gagal bayar tersebut.
Mahkamah memerintahkan tertuduh dihukum penjara selama dua bulan jika gagal bayar tersebut.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah syarikat didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu kerana menjalankan perniagaan agensi persendirian tanpa lesen tahun lalu.

Harjeet Singh, 64, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Aina Azahra Arifin.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dihukum penjara selama dua bulan jika gagal bayar tersebut.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Off Jalan Gombak di sini pada jam 10.30 malam, 18 Disember 2024.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Agensi Persendirian 1971 sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, ketika anggota penguatkuasa Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Putrajaya membuat pemeriksaan terdapat dua pengawal keselamatan warga India dan Pakistan bertugas di lokasi kejadian.

Hasil siasatan mendapati, dua pengawal keselamatan warga asing itu digajikan oleh syarikat milik Harjeet, sedangkan ia menjalankan perniagaan tanpa lesen sah.

Semasa prosiding, pegawai pendakwa, Muhamad Aliff Zahril Mohd Azhar mencadangkan mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana kes ini melibatkan keselamatan awam.

“Kes ini tidak boleh dipandang rendah maka hukuman berbentuk pengajaran wajar diberi agar tiada syarikat atau mana-mana organisasi menjalankan perniagaan tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, peguam, Nor Fazlinda Alimad dan Nur Nadiah Tamby Subyr yang mewakili Harjeet merayu, anak guamnya dikenakan hukuman yang ringan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!