Wanita beku ditemukan masih hidup dalam peti sejuk sebuah kontena

Wanita disangka ‘mayat’ dalam peti sejuk, rupanya pekerja migran haram. Foto Detikdotcom.
Wanita disangka ‘mayat’ dalam peti sejuk, rupanya pekerja migran haram. Foto Detikdotcom.
A
A
A

JEMBER, JAWA TIMUR – Seorang wanita berusia 27 tahun ditemukan dalam keadaan kaku di bawah timbunan plastik dan keluli sebuah peti sejuk dalam kontena, yang pada awalnya disangka mayat oleh pihak berkuasa.

Kapal yang membawa kontena tersebut belayar dari Kemboja ke Pelabuhan Hifong, Vietnam, namun dilaporkan mencurigakan kerana disyaki terlibat dalam penyeludupan organ manusia.

Namun, sejurus diperiksa, wanita warganegara Indonesia itu didapati masih hidup meskipun berada dalam peti sejuk untuk tempoh yang agak lama.

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan lanjut.

Ketua Pejabat Tenaga Kerja Daerah Jember, Suprihandoko, baru-baru ini mendedahkan bahawa pihaknya masih belum memperoleh maklumat lengkap mengenai wanita terbabit sehingga kini.

Bagaimanapun, wanita itu disyaki tidak memiliki permit sah sebagai pekerja.

Hasil siasatan mendapati tiada rekod menunjukkan wanita tersebut didaftarkan sebagai anggota Pekerja Migran Indonesia (PMI).

“Menerusi video, mangsa akhirnya mengaku menjadi PMI secara haram,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Kejadian itu menjadi tular di media sosial selepas rakamannya dimuat naik ke laman YouTube dan mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet. – AGENSI

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!