Wanita ditemui masih hidup dalam kotak berisi ais

Seorang wanita ditemui masih hidup dalam kotak berisi ais di Vietnam.
Seorang wanita ditemui masih hidup dalam kotak berisi ais di Vietnam.
A
A
A

JAWA TIMUR - Seorang wanita dari Jember yang bekerja sebagai Pekerja Migran Indonesia (PMI) ditemui masih hidup dalam sebuah kotak berisi ketulan ais.

Menurut laporan Detik.com, kejadian itu tular selepas video mengenainya dimuat naik menerusi saluran YouTube ‘BERKISAH’ yang memaparkan detik wanita tersebut ditemui dalam keadaan lemah di dalam kotak berkenaan.

Video itu menyatakan insiden bermula apabila pihak polis dan kastam menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah kontena dari Kemboja yang dalam perjalanan ke Pelabuhan Haiphong, Vietnam.

Pemeriksaan menemui sebuah kotak besar mencurigakan yang dibalut dengan lapisan plastik dan kepingan keluli nipis dalam keadaan hampir beku.

Pihak berkuasa pada awalnya mengesyaki kotak tersebut digunakan bagi tujuan penyeludupan organ atau mayat manusia, namun terkejut apabila menemui seorang wanita muda masih hidup dan terbaring di dalamnya.

Wanita itu dikenal pasti sebagai Sri Wahyuni, 27 tahun, berasal dari Jember, Jawa Timur.

Penemuan wanita itu tular sejak Rabu lepas namun tiada maklumat rasmi termasuk tarikh sebenar kejadian setakat ini.

Bagaimanapun, tiada ahli keluarga atau mana-mana individu yang menghubungi Jabatan Tenaga Kerja (Disnaker) bagi menguruskan kepulangan mangsa.

Jurucakap Disnaker, Suprihandoko, pada Isnin memaklumkan pihaknya tidak memiliki sebarang data berkaitan penyeludupan Sri Wahyuni sebagai PMI.

Artikel Berkaitan:

Ini kerana wanita itu dipercayai telah diseludup ke luar negara secara tidak sah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!