Pekerja hotel cedera, kereta terjunam masuk gaung 10 meter di Langkawi

Mangsa yang merupakan kakitangan sebuah hotel dalam perjalanan ke tempat kerja di Pantai Kok ketika kejadian berlaku.
Mangsa yang merupakan kakitangan sebuah hotel dalam perjalanan ke tempat kerja di Pantai Kok ketika kejadian berlaku.
A
A
A

LANGKAWI – Seorang pekerja hotel berusia 22 tahun mengalami kecederaan selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter berhampiran pantai di Jalan Teluk Yu, pada pagi Isnin.

Ketua Zon 4, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abd Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan MER999 pada pukul 11.30 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Matsirat bersama enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Kereta dipandu seorang wanita terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter berhampiran pantai di Jalan Teluk Yu, pada pagi Isnin.
Kereta dipandu seorang wanita terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter berhampiran pantai di Jalan Teluk Yu, pada pagi Isnin.

Menurut Mohd Zamri, setibanya di lokasi, Komander Operasi mengesahkan sebuah kereta telah terbabas dan terbalik di tepi pantai, namun mangsa berjaya merangkak keluar dari kenderaan sebelum diselamatkan.

“Anggota bertindak mengangkat mangsa menggunakan pengusung dan menyerahkannya kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mangsa yang merupakan kakitangan sebuah hotel dalam perjalanan ke tempat kerja di Pantai Kok ketika kejadian berlaku.

“Sebaik tiba di satu selekoh, kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan jatuh ke dalam gaung, sebelum tercampak di tepi pantai,” ujarnya.

Shariman memaklumkan bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!