Lembu 'tunggang' skuter cetus kekecohan

Seekor lembu di bandar Rishikesh, India telah mencetuskan kekecohan apabila 'menunggang' sebuah skuter yang diparkir, menyebabkan kenderaan itu bergerak ke tengah jalan.
Seekor lembu di bandar Rishikesh, India telah mencetuskan kekecohan apabila 'menunggang' sebuah skuter yang diparkir, menyebabkan kenderaan itu bergerak ke tengah jalan.
A
A
A

INDIA - Seekor lembu di bandar Rishikesh mencetuskan kekecohan apabila 'menunggang' sebuah skuter yang diparkir, menyebabkan kenderaan itu bergerak ke tengah jalan.

Menurut India Today, kejadian yang dipercayai berlaku pada 2 Mei pada waktu siang itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV), memaparkan lembu berkenaan menaiki skuter dengan kaki depannya, manakala kaki belakangnya masih berada di tanah.

Skuter tersebut kemudiannya bergerak ke hadapan seolah-olah lembu itu benar-benar menunggangnya.

Seorang wanita bersama anaknya yang berada di lokasi kejadian segera melarikan diri bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Kejadian berakhir apabila skuter yang ‘ditunggang’ haiwan berkenaan merempuh sesuatu di tepi jalan, sebelum lembu itu bangun dan berlalu pergi seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!