Model selamba tunjuk alat sulit di Hagia Sophia

Model kontroversi, Marisa Papen dilaporkan berdepan hukuman penjara tiga tahun di Turki selepas merakam aksi mencolok mata di sebuah masjid di sini.
Model kontroversi, Marisa Papen dilaporkan berdepan hukuman penjara tiga tahun di Turki selepas merakam aksi mencolok mata di sebuah masjid di sini.
A
A
A

ISTANBUL - Model kontroversi, Marisa Papen dilaporkan berdepan hukuman penjara tiga tahun di Turki selepas merakam aksi mencolok mata di sebuah masjid di sini.

Gadis berasal dari Belgium itu berkunjung ke Turki bagi sesi penggambaran bagi label jenamanya, ENKI Eyewear pada 2018.

Pada sesi penggambaran tersebut, Marisa, 28, memakai burqa namun dia melakukan perbuatan terkutuk dengan mengangkat pakaiannya hingga menunjukkan alat sulitnya di dalam Hagia Sophia, lapor Daily Mail.

Selain itu, perbuatannya turut pernah menimbulkan kemarahan kumpulan agama kerana mengambil gambar telanjang di Kota Lama Baitulmaqdis dengan berlatar belakang Tembok Ratapan yang menjadi tempat suci bangsa Yahudi.

Marisa kononnya menggelar dirinya sebagai 'individu dengan ekspresi bebas dan berjiwa liar' berada di Turki bersama jurugambar Australia, Jesse Walker.

Difahamkan, pejabat pendakwa raya mengeluarkan waran tangkap dan siasatan sedang dijalankan ke atas model tersebut.

Model Playboy itu juga pernah dipenjarakan kerana bergambar dalam keadaan bogel di dalam sebuah kuil di Mesir.

Artikel Berkaitan: