Covid -19: Proses pengeluaran tambahan topeng muka berterusan

Orang ramai bersiar-siar di sekitar ibu kota dengan memakai penutup hidung dan mulut sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan jangkitan Covid-19 ketika tinjauan semalam. -Foto Bernama
Orang ramai bersiar-siar di sekitar ibu kota dengan memakai penutup hidung dan mulut sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan jangkitan Covid-19 ketika tinjauan semalam. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Pengeluar topeng muka tempatan dalam proses meningkatkan pengeluaran bagi menampung permintaan orang ramai yang meningkat sejak kebelakangan ini susulan penularan penyakit Covid-19.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, proses pengeluaran tambahan berjalan dari masa ke semasa kerana pengilang tidak boleh menghasilkannya dalam jumlah yang besar dengan pantas.

"Ikut kemampuan kilang... setengah itu perlu ganti mesin, setengah itu perlu dapat kebenaran menambah syif, setengah itu perlu tambah pekerja, tetapi usaha untuk meningkatkan bekalan tempatan itu berterusan dan pemantauan perkembangan dibuat dari semasa ke semasa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis apresiasi KPDNHEP untuk bekas menteri berkenaan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dan juga bekas timbalan Chong Chieng Jen, di sini hari ini.

Katanya, penghasilan topeng muka dalam keadaan biasa ialah lima juta sebulan namun kini jumlah itu meningkat tiga kali ganda iaitu 15 juta sebulan berikutan penularan Covid-19.

Ditanya rancangan untuk menghentikan eksport topeng muka untuk sementara waktu, Hasnol berkata, KPDNHEP dalam proses melihat kemungkinan itu dan ia akan dibincangkan dengan Jawatankuasa Tertinggi yang menguruskan Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan: