India dakwa patah serangan terbaharu Pakistan

Aktivis Parti Rakyat Pakistan (PPP) mengangkat patung Perdana Menteri India Narendra Modi dalam protes anti-India di Larkana, wilayah Sindh. - Foto AFP
Aktivis Parti Rakyat Pakistan (PPP) mengangkat patung Perdana Menteri India Narendra Modi dalam protes anti-India di Larkana, wilayah Sindh. - Foto AFP
A
A
A

SRINAGAR, INDIA – India mendakwa berjaya mematahkan gelombang serangan dron dan artileri Pakistan pada malam sebelumnya, manakala Islamabad menegaskan pihaknya tidak menyerang mana-mana sasaran merentasi sempadan negara tersebut.

Katika ini, hampir 50 nyawa dilaporkan terkorban di kedua-dua belah pihak, majoritinya di Pakistan, sejak India melancarkan serangan udara pada Rabu yang menyasarkan "kem-kem pengganas", mencetuskan pertempuran terburuk dalam beberapa dekad.

Sebelum ini, New Delhi menuduh Islamabad menyokong serangan pada 22 April berhampiran Pahalgam, sebuah bandar pelancongan di wilayah Kashmir yang dikuasai India, yang mengorbankan 26 orang, hampir kesemuanya pelancong dan lelaki Hindu.

Bagaimanapun, Pakistan menafikan dakwaan tersebut.

Kedua-dua negara itu telah berperang dua daripada tiga perang berskala penuh mereka sebagai usaha merebut Kashmir, sebuah wilayah yang dipertikaikan yang kedua-duanya menuntut sepenuhnya tetapi mentadbir bahagian yang berasingan sejak 1947.

"Angkatan bersenjata Pakistan melancarkan pelbagai serangan menggunakan dron dan peluru lain di sepanjang keseluruhan sempadan bahagian barat pada malam 8 dan 9 Mei.

"Serangan dron itu berjaya dipatahkan dan tindak balas yang sewajarnya telah diberikan," kata tentera India dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Namun, Islamabad menafikan melancarkan serangan dron selepas India pada Khamis mendakwa tentera Pakistan menyasarkan tiga stesen tentera iaitu dua di Kashmir dan satu di negeri Punjab yang bersempadan.

"Pakistan tidak menyasarkan mana-mana lokasi di Jammu dan Kashmir yang diduduki secara haram oleh India, atau merentasi sempadan antarabangsa, setakat ini," kata Menteri Penerangan Pakistan Ataullah Tarar pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Di Kashmir yang ditadbir India, seorang pegawai polis berkata seorang wanita meninggal dunia manakala manakala dua lelaki dilaporkan cedera selepas serangan semalaman di Uri, yang terletak kira-kira 100 kilometer dari ibu negeri Srinagar

Dalam perkembangan sama, puluhan sekolah ditutup pada Jumaat di beberapa bahagian Kashmir termasuk enam daerah sempadan di negeri Punjab yang bersempadan dan di ibu negeri Chandigarh, serta Rajasthan yang juga bersempadan dengan Pakistan.

India juga telah menutup 24 lapangan terbang, tetapi menurut media tempatan, penggantungan penerbangan awam mungkin ditarik balik pada pagi Sabtu.

Islamabad pada Khamis berkata tenteranya telah menembak jatuh 29 dron Harop buatan Israel yang menyerang Pakistan. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!