Pengurus pelabuhan perdaya pemegang saham syarikat ditahan SPRM

SPRM menahan reman seorang pengurus pelabuhan kerana dipercayai memperdayakan pemegang saham sebuah syarikat berkenaan berkaitan kerja-kerja pengerukan lumpur di Pelabuhan Bagan Datoh.
SPRM menahan reman seorang pengurus pelabuhan kerana dipercayai memperdayakan pemegang saham sebuah syarikat berkenaan berkaitan kerja-kerja pengerukan lumpur di Pelabuhan Bagan Datoh.
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pengurus pelabuhan kerana dipercayai memperdayakan pemegang saham sebuah syarikat berkenaan berkaitan kerja-kerja pengerukan lumpur di Pelabuhan Bagan Datoh.

Perintah reman selama empat hari sehingga 11 Mei terhadap suspek perempuan berusia lingkungan 40-an telah dikeluarkan Majistret Afiq Fakrul Ismail selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pada Khamis.

Menurut sumber, wanita terbabit ditahan kira-kira jam 6.15 petang, Rabu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut dengan menyebabkan kerugian syarikat berjumlah RM1 juta," katanya pada Khamis.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!