'Tak menang tangan kira duit' - Pempengaruh beri isteri nafkah wang tunai RM500,000

SHAH ALAM - Selepas tular video belanja barang kemas bernilai hampir RM1 juta, kini pempengaruh media sosial, Prince Syed Shahid mencuri tumpuan wargamaya apabila memberikan nafkah wang tunai sebanyak RM500,000 kepada isterinya.
Berdasarkan perkongsian di TikTok, Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah dilihat sedang membahagikan beberapa bungkusan duit sebelum menyerahkannya kepada isteri, Fatin Syazwani Ishak.
“Salam RM500,000. Cukuplah perbelanjaan buat isteri dan anak-anak untuk setahun. Setiap satu bungkusan ada RM50,000.
“Mencari rezeki halal untuk keluarga,” katanya pada Rabu.
Menerusi perkongsian sama, usahawan berusia 33 tahun ini turut menunjukkan beberapa barangan kemas yang dibeli buat isteri tersayang.
Tambah Syed, kesemua barang kemas yang dibeli adalah asli dan bukan tiruan.
“Tengah mengira semua duit sampai tak menang tangan. Rasa macam esok nak makan cucur udang dekat London (dalam nada seloroh).
“Kita pula macam tak boleh nak makan makanan biasa-biasa, maaf ya,” ujarnya lagi.
Sementara itu, usahawan bisnes laksa terbabit tidak menafikan bahawa dirinya sibuk menguruskan segala harta yang diusahakan bersama.
Sebelum ini, Syed membelanjakan isterinya barang kemas hampir RM1 juta sempena persiapan Hari Raya Aidilfitri, dalam masa sama mahu ibu kepada dua cahaya mata tersebut melaram sakan.
Menurutnya, nilai dihadiahkan tidak setanding jasa dan pengorbanan isteri yang sentiasa berada di sisi ketika susah mahupun senang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

