Menteri Agama dirawat di hospital akibat keracunan makanan

Irmohizam menziarahi Mohd Na'im ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur Isnin lalu.
Irmohizam menziarahi Mohd Na'im ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur Isnin lalu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Putrajaya selepas dipercayai mengalami keracunan makanan Isnin lalu.

Perkara itu disahkan sumber terdekat kepada Sinar Harian.

Ujarnya, Mohd Na'im yang dimasukkan ke hospital pada Selasa berada dalam keadaan stabil dan diletakkan di ICU untuk pemantauan.

Kata beliau, Mohd Na'im mula mengalami gejala keracunan makanan pada Isnin lalu dan mendapatkan rawatan awal di sebuah Hospital Kuala Lumpur dan dibenarkan pulang.

"Bagaimanapun keadaan beliau bertambah buruk pada Selasa sebelum menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

"Setakat ini beliau dalam keadaan baik," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim yang berpeluang menziarahi Mohd Na'im Isnin lalu turut mendoakan kesembuhan terhadap beliau.

Menerusi hantaran di laman sosial, Irmohizam menyifatkan Mohd Naim sebagai seorang yang menjadi teladan dalam memperkukuh nilai-nilai Islam dan menyemai perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Artikel Berkaitan:

"Di saat ini, saya bersama ramai lagi mendoakan agar YB Senator dikurniakan kesembuhan yang segera dan sempurna, serta diberi kekuatan untuk kembali menjalankan amanah dengan penuh semangat dan ketenangan.

Doa dan ingatan kami sentiasa mengiringi YB Senator. Semoga terus tabah dan kuat menghadapi ujian ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!