X

Kindly register in order to view this article
!

ADUN Bebas sertai barisan Exco Johor

Dr Chong Fat Full
A
A

JOHOR BAHRU - Buat pertama kali dalam sejarah pentadbiran Johor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas dilantik menyertai barisan Exco kerajaan negeri yang dinamakan Exco Makmur Johor.

ADUN Pemanis, Dr Chong Fat Full yang keluar PKR sebagai ADUN Bebas seterusnya menyatakan sokongan kepada gabungan baharu kerajaan negeri Johor, kelmarin dilantik sebagai Exco Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Johor hari ini.

Terdahulu, majlis mengangkat sumpah 11 Exco kerajaan negeri baharu di bawah gabungan baharu antara Barisan Nasional (BN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas diadakan di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Balai Mengadap Istana Bukit Serene Johor Bahru pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 Exco Johor angkat sumpah

Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad dalam sidang medianya di Saujana Johor Bahru berkata, barisan Exco kerajaan negeri baharu yang dinamakan Exco Makmur Johor akan meneruskan perjuangan membawa pembangunan dan kestabilan politik, ekonomi dan sosial bagi negeri ini.

Beliau juga yakin ADUN yang dipilih menyertai barisan Exco daripada BN, Bersatu dan Bebas akan berganding bahu memberikan khidmat terbaik kepada rakyat Johor.

"Saya percaya gandingan parti dalam gabungan baharu ini mempunyai banyak persamaannya, Dr Chong sebagai contoh ahli gabungan baharu dari ADUN Bebas mahu melaksanakan kerja untuk rakyat.

"Cukuplah sudah berpolitik. Cukuplah sudah kita berkelahi. Sudah pastinya, kita mahu yang terbaik untuk Johor, untuk semua. Kerajaan pimpinan saya adalah kerajaan untuk semua," katanya.

Barisan Exco Makmur Johor terdiri daripada lima muka lama yang pernah menyertai barisan Exco kerajaan negeri sebelum ini iaitu Datuk Ir Hasni Mohammad, Mazlan Bujang, Solihan Badri, Tosrin Jarvanthi dan R Vidyananthan.

Barisan Exco Makmur Johor diperkenalkan pada sidang akhir selepas Majlis Angkat Sumpah Exco Johor di Saujana Johor Bahru pagi tadi.
Barisan Exco Makmur Johor diperkenalkan pada sidang akhir selepas Majlis Angkat Sumpah Exco Johor di Saujana Johor Bahru pagi tadi.

Berikut senarai Exco Makmur Johor:

1. Datuk Ir Haji Hasni Mohammad (N53 DUN Benut)

Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan Dan Pembangunan Ekonomi Negeri Johor

2. Datuk Samsolbari Jamali (N20 DUN Semarang)

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor

3. Mazlan Bujang (N41 DUN Puteri Wangsa)

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan Dan Budaya Negeri Johor

4. R Vidyananthan (N31 DUN Kahang)

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri Johor

5. Tosrin Jarvanthi (N50 DUN Bukit Permai)

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor

6. Ayub Jamil (N25 DUN Rengit)

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor

7. Mohd Solehan Badri (N5 DUN Tenang)

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan Dan Infrastruktur Negeri Johor

8. Zaiton Ismail (N16 DUN Sungai Balang)

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri Johor

9. Datuk Onn Hafiz Ghazi (N27 DUN Layang Layang)

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia Dan Sukan Negeri Johor

10. Mohd Izhar Ahmad (N44 DUN Larkin)

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi Dan Sumber Manusia Negeri Johor

11. Dr Chong Fat Full (N3 DUN Pemanis)

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!