10 Exco Johor angkat sumpah

Barisan Exco Johor yang mengangkat sumpah di hadapan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene pagi ini. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Barisan Exco Johor yang mengangkat sumpah di hadapan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene pagi ini. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah mahu semua Exco baharu negeri itu bekerja dalam satu pasukan demi kepentingan rakyat.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Istiadat Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru pagi ini.

Sultan Johor juga berkenaan berkongsi gambar di Facebook Sultan Ibrahim dan bertitah supaya Exco yang dilantik sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebaiknya.

"Bekerjasama sebagai satu pasukan dalam memastikan ekonomi dan kepentingan negeri Johor sentiasa terpelihara.

"Anda semua berperanan untuk menyatupadukan semula rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negeri ini," titah baginda.

Turut berangkat, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Seramai 10 Exco mengangkat sumpah pada majlis berkenaan.

Exco Johor yang mengangkat sumpah ialah Datuk Samsol Bari Jamali (ADUN Semarang), Ayub Jamil (ADUN Rengit), Zaiton Ismail (ADUN Sungai Balang), Datuk Onn Hafiz Ghazi (ADUN Layang-Layang) dan R Vidyananthan (ADUN Kahang).

Artikel Berkaitan:

Turut dilantikan, Mazlan Bujang (ADUN Puteri Wangsa), Mohd Solihan Badri (ADUN Tenang), Tosrin Jarvanthi (ADUN Bukit Permai), Mohd Izhar Ahmad (ADUN Larkin) dan Dr Chong Fat Full (ADUN Pemanis).

Sementara itu, Datuk Hasni Mohammad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-18 pada 28 Februari lalu.