Pekerja restoran maut kereta langgar tunggul pokok

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya melakukan operasi pemadaman kereta yang terbakar.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya melakukan operasi pemadaman kereta yang terbakar.
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandu terbabas sebelum terbakar di Jalan Jelapang-Chemor di sini hari ini.

Dalam kejadian 4.30 pagi itu, mangsa, Chai Jun Da, 25, pekerja restoran disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, ketika kejadian mangsa memandu kereta jenis Proton Iswara secara sendirian dari arah lampu isyarat Jalan Bangsa berhampiran Balai Polis Jelapang menghala ke arah Meru.

Menurutnya, tiba di lokasi kejadian, kereta terbabit hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar tunggul pokok.

"Pelanggaran menyebabkan kereta mangsa remuk di bahagian hadapan.

"Mangsa berjaya dibawa keluar oleh anggota bomba, namun secara tiba-tiba kenderaan itu terbakar," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: