Tidak kedekut ilmu rahsia kejayaan cemerlang SPM

Eusouf Faisal Mohd Salehuddin,18, meraih 7A+,4A dan rakan sekelasnya Fatin Kamalia Mohamad Zamri,18, mendapat 7A+,3A dan 1A-
Eusouf Faisal Mohd Salehuddin,18, meraih 7A+,4A dan rakan sekelasnya Fatin Kamalia Mohamad Zamri,18, mendapat 7A+,3A dan 1A-
A
A
A

JERANTUT - Tidak kedekut dan sentiasa berkongsi ilmu bersama rakan-rakan antara rahsia kejayaan dua pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tengku Ampuan Hajjah Afzan, Jerantut mencatat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019.

Eusouf Faisal Mohd Salehuddin,18, meraih 7A+, 4A dan rakan sekelasnya, Fatin Kamalia Mohamad Zamri, 18, mendapat 7A+, 3A dan 1A-.

Eusouf ketika ditemui tidak kisah menjadi rujukan rakan-rakan dan bersyukur dengan kejayaan tersebut.

Katanya, dia turut mendengar nasihat guru supaya mengelakkan makanan ringan serta bijak membahagikan masa untuk mengulang kaji sendirian dan bersama rakan.

"Saya juga mengamalkan solat Subuh berjemaah dan tidak tidur selepas itu supaya dapat fokus dalam kelas," kata anak kelima daripada tujuh beradik itu.

Anak pasangan jurutera, Mohd Salehuddin Bakar, 52, dan guru, Sabariah Malik, 50, itu juga menghargai sokongan ibu bapanya, guru dan rakan yang banyak membantunya.

Eusouf yang sudah menghafaz 30 juzuk al-Quran bercita-cita mengikut jejak bapanya sebagai jurutera.

Artikel Berkaitan:

Tidak kedekut dan sentiasa berkongsi ilmu bersama rakan-rakan antara rahsia kejayaan dua pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tengku Ampuan Hajjah Afzan, Jerantut mencatat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019.
Tidak kedekut dan sentiasa berkongsi ilmu bersama rakan-rakan antara rahsia kejayaan dua pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tengku Ampuan Hajjah Afzan, Jerantut mencatat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019.

Sementara itu, Fatin Kamalia mengakui terkejut dengan kejayaan itu dan merancang menyambung pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Anak ketiga daripada lima beradik kepada pasangan guru, Mohd Zamri Mohd Yusof, 53, dan Rosliza Yunus, 50, itu berhasrat menjadi seorang pensyarah.

"Selain itu jangan lawan cakap guru dan rajin membuat ulangkaji dan bahagikan masa dengan baik," katanya yang meminati subjek Matematik Tambahan dan Fizik.

Seramai 10 calon sekolah itu yang muncul sekolah harian terbaik peringkat negeri mencatatkan keputusan A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran untuk SPM 2019 dengan 124 calon menduduki peperiksaan tersebut tahun lalu.

Pengumuman dibuat Pengetua sekolah itu, S Mahdzir S Nordin dan turut dihadiri Pengarah Pendidikan Pahang, Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus yang menyampaikan plak serta cenderamata kepada calon cemerlang.